YELL #BumiBelia Stories

Hutan kesayangan

By: Nur Shafiqah binti Mohd Safuan

Jelas sekali hutan ‘natural’ lebih disayangi dari hutan konkrit. Tanah luas berdekatan Tugu Negara yang dahulu dengan sedihnya dijadikan tempat pembuangan sampah kini diberi peluang yang baharu untuk menonjolkan keindahannya. Ternyata, alam semulajadi akan menuntut semula apa haknya. Hutan simpan Taman Tugu ini menjadi tempat bagi rakyat Malaysia untuk bersapa dengan semua, tidak kira umur dan bangsa – kerana mereka semua sedar dan peka akan pentingnya alam sekitar untuk diri, minda dan masa hadapan.