Daftar digital YELL: Terma dan syarat

Daftar digital YELL untuk pemimpin belia alam sekitar

Daftar digital YELL untuk pemimpin belia alam sekitar dianjurkan bersama oleh UNDP Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, dan UNICEF Malaysia (yang selanjutnya disebut sebagai “penganjur”), dengan kerjasama dari Youths United for Earth (YUFE) (yang selanjutnya disebut sebagai “rakan projek”). Daftar digital YELL akan disediakan untuk capaian awam.

Dengan menghantar borang ini:

  1. Anda bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada daftar digital YELL. Anda bersetuju dengan maklumat yang telah diberikan (kecuali yang terdapat di bawah “Maklumat peribadi” dalam Bahagian 8) untuk digunakan dan ditampilkan dalam bahan awam pihak penganjur dan rakan projek.
  2. Anda menyatakan bahawa anda memiliki hak cipta gambar dan fail yang dimuat naik dan bahawa penyertaan ini tidak melanggar sebarang hak pihak ketiga yang lain.
  3. Anda menyatakan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar semasa penyerahan.
  4. Anda telah memberikan persetujuan kepada pihak penganjur dan rakan projek untuk mengumpulkan dan memproses maklumat peribadi anda untuk penggunaan dalaman, termasuk penggunaan gambar, suara, pendapat atau testimoni anda yang diambil sebagai sebahagian daripada program YELL.
  5. Anda membenarkan hak penggunaan pihak penganjur dan rakan projek untuk menggunakan maklumat di sini (kecuali yang terdapat di bawah “Maklumat peribadi”) untuk kegunaan bukan komersial, termasuk persembahan di acara lain, pelaporan dan dokumentasi, dan pemasaran dan promosi yang berkaitan dengan aktiviti penganjur.
  6. Anda dengan ini menyatakan bahawa anda secara sukarela menanggung sebarang risiko dan tanggungjawab yang biasanya berkaitan dan / atau yang mungkin dikenakan dan / atau terdedah kepada anda sebagai sebahagian daripada daftar digital YELL, dan dalam hal ini tidak akan melibatkan pihak penganjur dan/atau rakan projek bertanggung jawab dengan cara apa pun untuk kejadian, kemalangan, kehilangan harta benda dan / atau kecederaan diri yang tidak diingini yang mungkin anda alami akibat penyertaan ini.
  7. Sekiranya bahan-bahan (termasuk tetapi tidak terbatas pada gambar, video atau fail PDF) yang diserahkan dalam borang ini menampilkan seseorang / entiti yang bukan diri sendiri, anda wajib mendapatkan persetujuannya untuk ditampilkan dalam daftar digital YELL.
  8. Penganjur dan rakan projek berhak untuk mengubah bahan yang diserahkan bersama borang ini jika perlu, termasuk tetapi tidak terhad kepada pindaan editorial, menukar saiz, memangkas, atau melaras warna jika perlu, sambil mengekalkan integriti entri dan ketepatan maklumat yang anda berikan.
  9. Maklumat yang diberikan akan digunakan bersesuaian dengan Dasar Privasi UNDP dan Dasar Privasi UNICEF.
  10. UNDP dan UNICEF berhak untuk mengubah terma dan syarat yang dinyatakan di sini tanpa notis atau liabiliti terlebih dahulu kepada mana-mana pihak termasuk tetapi tidak terhad kepada peserta daftar digital YELL.