Skip to main content

Buku ini telah dihasilkan oleh pasukan Jejak Warisan daripada program Akademi Impact.

Jejak Warisan berinspirasi untuk mendokumentasikan bukti-bukti daya tahan masyarakat dalam beradaptasi dengan iklim yang mereka duduki, dengan tujuan untuk melahirkan harapan dalam mendepani cabaran masa hadapan yang penuh dengan tanda tanya. Tambahan lagi, sebagai penggemar budaya turun temurun, Jejak Warisan berminat untuk melaksanakan usaha dokumentasi ini dari perspektif budaya, terutamanya budaya masyarakat Melayu di Kampung Losong, Kuala Terengganu. Usaha dokumentasi ini secara tidak langsung meraikan pemindahan pengetahuan daripada generasi terdahulu kepada belia.

Tentang Pasukan Jejak Warisan

Hajar Balqish ialah seorang penggemar budaya dan warisan Terengganu. Sebagai seorang anak jati Kuala Terengganu, beliau banyak meluangkan masa dengan belajar hal-hal berkaitan warisan seperti pakaian, makanan, dan reka bentuk bangunan tradisional daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat. Beliau juga amat menghargai ilmu warisan turun temurun dari golongan yang lebih berpengalaman.

Nurfatin Hamzah ialah seorang yang percaya kepada kepentingan hubungan baik antara manusia dan alam. Beliau minat untuk belajar tentang strategi adaptasi dan daya tahan manusia dalam berhadapan dengan perubahan iklim. Beliau juga berpengalaman di dalam bidang advokasi, terutamanya bagi isu alam sekitar dan krisis iklim.

Ziyad Ismail ialah seorang pencinta alam yang minat mendaki. Pada waktu lapang, beliau gemar berkhemah di hutan dan pantai bersama rakan-rakan. Ziyad juga berpengalaman dalam bidang fotografi dan keusahawanan.

Apa itu Akademi Impact?

Akademi Impact merupakan program inkubator Impact Malaysia untuk belia yang mempunyai idea projek impak sosial dan kolektif belia dalam komuniti. Pada tahun 2022, Impact Malaysia dengan kerjasama YELL telah memperkenalkan Edisi Jaguh Bumi.

Objektif Akademi Impact Edisi Jaguh Bumi:

  1. Untuk membangunkan kapasiti dan keyakinan peserta untuk merekabentuk dan menjalankan projek komuniti.
  2. Untuk memberi sokongan dana kepada projek berunsur alam sekitar yang berpotensi untuk membawa perubahan dan impak positif kepada komuniti sekitar.
  3. Untuk membina rangkaian inisiatif yang diketuai ataupun dianjurkan oleh belia yang boleh memberi inspirasi kepada belia lain.

Leave a Reply