Skip to main content

YELL ingin membiayai entiti yang layak untuk mengemukakan Cadangan Konsep bagi Geran Benih YELL 2024!

Youth Environment Living Labs (YELL) merupakan sebuah platform untuk mewujudkan peluang kepada anak muda di Malaysia untuk memainkan peranan yang efektif dalam tindakan berkaitan iklim dan isu alam sekitar. YELL bertujuan untuk menempatkan naratif iklim dan menekankan perspektif tempatan dan peribumi tentang alam semula jadi dan alam sekitar agar ia lebih relevan dan menarik kepada anak muda di Malaysia, dan mengukuhkan ekosistem pelaku untuk menyokong dan memberi ruang untuk anak muda terlibat sebagai ejen perubahan dalam polisi dan tindakan alam sekitar.

Berminat? Melalui geran ini, YELL ingin mencari cara baharu atau yang lebih baik untuk memupuk rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan meningkatkan sumbangan orang muda kepada agenda alam sekitar dan iklim di Malaysia. Geran ini diharapkan dapat menyokong inisiatif-inisiatif untuk menguji pendekatan dan idea baharu atau yang belum terbukti, untuk melibatkan dan menginspirasi orang muda untuk bertindak.

Jika anda mempunyai aspirasi atau idea projek untuk menangani satu atau lebih daripada satu perkara berikut…

  1. Berminat untuk mengambil pendekatan eksperimen dalam melibatkan orang muda dan/atau untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar.
  2. Meningkatkan kapasiti pendidik dan guru untuk menyampaikan Kajian Alam Sekitar atau Pendidikan.
  3. Untuk menyediakan peluang yang lebih luas kepada golongan muda untuk mengambil tindakan terhadap isu berkaitan alam sekitar dalam sesebuah komuniti.

Hantar idea anda mengikut satu atau lebih daripada tema berikut!

Tema dan bidang tumpuan Geran Benih YELL 2024

TemaBidang tumpuanPertimbangan projek
(termasuk tetapi tidak terhad kepada)
Keselamatan Makanan🌾 Pertanian
🎣 Akuakultur dan perikanan
🍎 Sekuriti makanan
➡️ Strategi pendapatan atau mata pencarian alternatif untuk masyarakat, cth Orang Asli
➡️ Kecekapan penggunaan sumber, cth pengairan, kitaran nutrien
➡️ Pemulihan kesihatan tanah
Sekuriti Air💧 Sumber air tawar (saluran air, air bawah tanah)
🚰 Penggunaan air
🦠 Pencemaran air
➡️ Penjanaan bukti risiko keselamatan air tempatan
➡️ Strategi pemeliharaan dan pemulihan
➡️ Penambahbaikan dalam tadbir urus dan pengurusan tempatan
Pengurangan risiko Bencana📣 Kesediaan masyarakat
🚨 Tindakan Kecemasan
🌪️ Pemulihan pasca bencana
➡️ (Wajib) Ketahanan merangkumi aspek jantina dan kecacatan
➡️ Mengamalkan atau mengadaptasi daripada penyelesaian tradisional dan pribumi
➡️ Mempromosikan penyelesaian berasaskan alam semula jadi
➡️ Kurangkan risiko kesihatan awam (iaitu kebersihan)
Biodiversiti🏞️ Kawasan sensitif alam sekitar (tanah dan air)
🦧 Hidupan liar asli dan spesies terancam (spesies kunci dan endemik) (Keystone and endemic species)
🌧 Pengurusan sumber alam
➡️ Pendekatan landskap urus komuniti (cth. pelancongan mampan)
➡️ Menangani pemburuan haram, penuaian haram dan perdagangan hidupan liar haram
➡️ Mengalakkan penggunaan Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017
Pengurusan Sisa🐄 Biojisim (cth. Sisa pertanian)
📦 Pembungkusan
🔋 Elektronik
➡️ Pencegahan atau pengurangan sisa perlu diutamakan daripada kitar semula
➡️ Reka bentuk produk untuk guna semula atau kitar semula
➡️ Sistem lingkaran tertutup (Closed-loop systems)

Untuk membantu anda memahami keperluan geran, kami telah melampirkan rujukan berikut:

Entiti-entiti yang layak

  • Organisasi bukan kerajaan / organisasi berdasarkan komuniti / organisasi akar umbi yang berdaftar di Malaysia dan beroperasi sebagai entiti bukan berasaskan keuntungan (non-profit).
  • Institusi akademik awam, institusi penyelidikan awam, dan badan berkanun yang tidak berasaskan keuntungan.
  • Entiti berasaskan keuntungan (for-profit) hanya dibenarkan memohon sebagai rakan seiring dengan entiti pemohon (entiti yang tidak berasaskan keuntungan atau perusahaan sosial).
  • Perusahaan sosialyang berdaftar di Malaysia (berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP))
  • Organisasi berdasarkan politik atau agama tidak layak.
  • Organisasi yang tidak ditubuhkan secara sah atau tidak berdaftar tidak boleh mengemukakan permohonan sebagai entiti yang memohon. Entiti sedemikian boleh mengemukakan permohonan bersama dengan entiti yang layak (‘pemohon utama’), di mana sebarang perjanjian akan ditandatangani dengan entiti yang layak sahaja (pendekatan konsortium).
  • Memiliki akaun bank yang didaftarkan di Malaysia.

Kami akan mengadakan sesi Soal Jawab (AMA) pada 10 Mei, daftar sekarang di PAUTAN INI.

Kami akan mengadakan satu lagi sesi Soal Jawab (AMA) pada 17 Mei, daftar sekarang di PAUTAN INI.

 

Sekiranya anda tidak dapat menghadiri sesi Soal Jawab, anda masih boleh mengetahui lebih lanjut daripada:

  1. Instagram YELL – Hantarkan Mesej Langsung (DM) kepada kami!
  2. E-mel soalan anda ke: shu.min.leo@undp.org

Soalan Lazim

Sila rujuk kepada senarai Soalan Lazim di pos Instagram kami.


Bersedia untuk berkongsi cadangan projek anda?

Serahkan cadangan anda selewat-lewatnya jam 1730 (waktu Malaysia) pada 31 Mei 2024 kepada shu.min.leo@undp.org dan CC kepada anusha.rym@undp.org dengan tajuk emel ‘Cadangan Konsep – Geran Benih YELL 2024’

Tarikh tutup pada 31 Mei 2024 (1730 hrs, Waktu Malaysia)

Nota: Permohonan tanpa dokumen yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.