Akademi Impact merupakan program inkubator Impact Malaysia untuk belia yang mempunyai idea projek impak sosial dan kolektif belia dalam komuniti. Tahun ini, Impact Malaysia dengan kerjasama YELL memperkenalkan Edisi Jaguh Bumi.
Sertai Akademi Impact
- 10 idea projek akan dipilih daripada permohonan
- Kumpulan yang terpilih akan dijemput untuk menyertai dua bengkel Akademi Impact di Lembah Klang pada 30 Nov – 4 Dis 2022 dan 14 – 18 Dis 2022.
- Selepas bengkel, setiap kumpulan akan diberikan dana awal sehingga RM 5,000 untuk melaksanakan projek perintis mereka selama 3 bulan (Disember 2022 – Mac 2023).
Apa yang dijangkakan dari Akademi Impact
Ketahui bagaimana Akademi Impact boleh menyokong pembangunan peribadi anda melalui pengurusan projek, membina keyakinan diri dalam menguji idea anda, dan menghubungkan anda dengan rakan sebaya, pengamal dan pakar yang berpengalaman dalam bidang pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.
Dapatkan Dana Awal
Menerima dana awal sehingga RM 5,000 untuk melaksanakan projek perintis anda dalam menangani isu alam sekitar dan berubahan iklim di komuniti setempat.
Projek anda boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada aktiviti seperti:
- Pengumpulan bukti (tinjauan atau pemetaan dasar)
- Pertukaran pengetahuan (belajar atau mengajar)
- Alat dan bahan (membina sistem, membaiki)
- Dokumentasi pengetahuan tradisional dan pengalaman
- Komunikasi dan advokasi
- Pembangunan produk ataupun perkhidmatan

Belajar melalui bimbingan dan eksperimen
Anda akan mendapat akses kepada pakar yang pengalaman dalam melaksanakan projek berkaitan dalam alam semulajadi dan iklim berasaskan komuniti.
Lawatan sambil belajar akan dianjurkan untuk berjumpa dengan pengamal yang pengalaman.
Anda akan dibimbing untuk merekabentuk projek yang menghasilkan perubahan positif dan belajar untuk mengukur impak.
Anda akan menerima maklum balas untuk memperhalusi dan mengembangkan idea anda, termasuk panduan dalam perancangan, pengurusan projek dan kemahiran lain yang berkaitan.
Dalam tempoh pelaksanaan projek, kumpulan terpilih akan mempunyai akses kepada mentor untuk bimbingan berterusan.

Akses kepada rangkaian dan perkongsian
Anda akan bertemu rakan sebaya yang berfikiran sama dan mendapat pengetahuan tentang kesan alam semulajadi dan ancaman berubahan iklim kepada komuniti lain.
Anda akan dapat meluaskan perspektif dan memupuk hubungan yang bermakna bersama rakan sebaya yang lain melalui pembelajaran bersama kumpulan yang lain.
Pada penghujung tempoh pelaksanaan projek, anda akan berpeluang membentangkan hasil projek anda kepada bakal rakan kongsi yang berpotensi.
Anda akan menjadi sebahagian daripada rangkaian inisiatif belia yang berasaskan komuniti yang boleh memberi inspirasi kepada belia yang lain di peringkat tempatan.

Tema Projek untuk Akademi Impact
Kami ingin membina keupayaan dan keyakinan belia untuk proaktif sebagai daya perubahan positif dalam komuniti tempatan mereka melalui pelaksanaan projek yang menangani masalah alam semulajadi dan ancaman iklim.
Projek anda mestilah dalam konteks tema berikut:
Tema 1: Pemuliharaan Biodiversiti dan Pengurusan Sumber Asli
Projek yang anda boleh lakukan adalah mencakupi, tetapi tidak terhad kepada amalan pertanian alternatif, pemulihan hutan, pemuliharaan habitat, dokumentasi pengetahuan tradisional dan hak tanah Orang Asli / Orang Asal.
Ketahui lebih lanjut tentang Pemuliharaan Biodiversiti dan Pengurusan Sumber Asli
Tema 2: Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusan Sisa
Khidmat, advokasi dan inovasi untuk mengurus sisa terbuang dan pencemaran alam sekitar di atas tanah, udara dan air.
Ketahui lebih lanjut tentang Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusan Sisa
Tema 3: Mitigasi dan Penyesuaian Iklim
Idea ke arah pengurangan pengeluaran gas rumah hijau, pengurangan risiko dan kesediaan menghadapi bencana, pendidikan iklim, advokasi dan banyak lagi!
Ketahui lebih lanjut tentang Mitigasi dan Penyesuaian Iklim
Kriteria untuk menyertai Akademi Impact
Kurang pasti jika anda memenuhi kriteria? Sertailah sesi ‘Ask Me Anything’ bersama kami pada 14 & 21 Oktober 2022.
Garis masa Akademi Impact

