Kisah #BumiBelia YELL

Kotak

Oleh: Muhammad Adib Bin Abd Rahim

Masa zaman dulu, kotak hat kecik tapi beghat ni lah benda yang selalu kita jumpak kat ghumah setiap oghang. Dulu-dulu, masa stesen TV masih dok tayang gambaq P. Ramlee, benda ni lah yang dok jadi sumber memori-memori indah untuk ramai oghang tanpa mengigha bangsa, jantina dan jugak umoq. Bagi sesetengah oghang jugak, bila tengok balik gambaq macam ni ja, mereka akan teghingat balik nostalgia zaman dulu.

Oleh sebab masa ni dia sentiasa berjalan, teknologi pun akan ikut berkembang sekali. La ni, TV macam ni selalunya akan kerap kita dok jumpak dekat tempat pelupusan sampah. Kadang-kadang, merata-rata tempat hat macam dalam gambaq ni pun ada jugak. Bila cheq peghati sampah-sampah hat yang terhasil daghi kemajuan manusia tu sendighi, kadang-kadang dia buat cheq tepikiaq jugak pasai isu yang oghang jaghang sentuh; sampah elektronik (e-waste). Oleh itu, cita-cita cheq pada masa depan ialah cheq dapat menyumbang kepada sebuah masyarakat hat betoi-betoi ambik peduli pasai isu ni sebelum semuanya telambat.


 

<English Translation>

A few decades ago, this small yet heavy black box was a common sight in most households. Back when the local TV stations were still broadcasting P. Ramlee movies on-air, this ancient relic was the source of fond memories among most people in those days regardless of their race, gender, or age. For some individuals, a simple picture like this is enough to evoke a sense of nostalgia.

As time progressed, so did technology. Nowadays, it's more common to find this type of television at your local junkyard or even at inappropriate locations such as the one in this photo. Seeing the amount of junk produced as the byproduct of humanity's continuous pursuit for modernization has often made me reflect upon the less-discussed drawbacks of said advancements; e-waste (electronic waste). Therefore, I'd like to contribute to a future where society will finally take this issue seriously before it's too late.