Acara bersama oleh Delegasi EU ke Malaysia dan YELL.

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2023 — Dialog Aspirasi Belia pada 28 Oktober merupakan anjuran bersama Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia dan Youth Environment Living Labs (YELL) sempena Persidangan Ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNFCCC-COP28) yang dijadualkan berlangsung pada 30 November di Emiriah Arab Bersatu.

Nurfatin Hamzah, Ketua Jawatankuasa Penganjur Dialog Aspirasi Belia COP28 EU-YELL dan UNICEF Youth Climate Champion menyampaikan ucapan perasmian. Kredit gambar: YELL/2023/Anusha

UNICEF Youth Climate Champion, Nurfatin Hamzah berkata, “Suara kami melambangkan desakan dan keperluan inovasi serta akauntabiliti dalam menangani isu perubahan iklim. Saya berharap agar dialog ini memberi inspirasi kepada pemimpin dan pembuat keputusan untuk mengambil tindakan dan sasaran yang lebih tinggi terhadap isu-isu iklim.”

“Walaupun dasar di peringkat tinggi adalah penting, kita juga perlu membawa tindakan ke peringkat tempatan dan mengiktiraf integrasi pengetahuan tradisional dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi dalam program belia,” kata seorang perserta dari sebuah organisasi alam sekitar pimpinan belia.

Timbalan Ketua Misi Delegasi EU ke Malaysia, Encik Timo Goosmann mengalu-alukan peserta ke Dialog Aspirasi Belia COP28. Kredit gambar: YELL/2023/Anusha

“Kami amat teruja melihat semangat, dedikasi dan pengetahuan golongan belia di Malaysia dalam menangani isu perubahan iklim. EU amat berbangga untuk mencipta platform yang khusus antara pembuat keputusan dan belia bagi mengadakan perbincangan terbuka dan membina.”

Dialog ini bertujuan untuk menggariskan keutamaan Malaysia menjelang COP28 dari sudut pandangan belia untuk mengutuskan cadangan yang realistik kepada delegasi Malaysia ke COP28.

Mr. Ahmad Farid dari Bahagian Perubahan Iklim Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berkata, “Kementerian memuji Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dan YELL sebagai program bersama UNDP and UNICEF, disokong oleh ALAM kerana mewujudkan peluang kepada belia Malaysia untuk menyuarakan dan berkongsi aspirasi mereka untuk COP28.”

Peserta daripada pelbagai pertubuhan belia dan alam sekitar di Dialog Aspirasi Belia COP28. Kredit gambar: YELL/2023/ShuMin

Beberapa aspirasi yang dikongsi termasuk peralihan tenaga adil, mewujudkan mekanisme pembiayaan tempatan bagi kumpulan belia untuk melaksanakan inisiatif alam sekitar, menangani keperluan jangka panjang untuk pendidikan berkualiti dan pembangunan kemahiran, peningkatan promosi gaya hidup mampan, dan sokongan untuk penyokong iklim belia yang terlibat dengan pembuat keputusan di pelbagai peringkat untuk mewakili komuniti mereka.

Niloy Banerjee, Wakil Residen UNDP Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam berkongsi bagaimana golongan muda boleh menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan. Kredit gambar: YELL/2023/Anusha

Niloy Banerjee, Wakil Residen UNDP Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam berkata, “Perspektif golongan belia adalah tidak ternilai kerana kami berusaha ke arah masa depan yang lebih mampan. Potensi mereka sebagai agen perubahan yang berkuasa mesti diakui dan disokong dalam semua peringkat bagi membentuk agenda iklim dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.”

Sanja Saranovic, Timbalan Wakil UNICEF Malaysia menggalakkan penyertaan golongan muda dalam tindakan iklim dan alam sekitar di Malaysia. Kredit gambar: YELL/2023/Anusha

“Terdapat peluang besar untuk mengintegrasikan keperluan dan hak kanak-kanak dan golongan muda, termasuk hak mereka untuk didengari dalam dasar dan tindakan iklim. Ini akan membawa manfaat yang besar untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan golongan muda, di samping memupuk daya tahan masyarakat secara lebih meluas.”, berkata Sanja Saranovic, Timbalan Wakil, UNICEF Malaysia.

Dialog ini diadakan di Co-labs Co-working di Naza Tower dan dihadiri oleh 35 penyokong iklim belia. Dialog ini dikendalikan bersama oleh YELL dan UNICEF Youth Climate Champions. Semasa program berlangsung, aspirasi belia sebagai hasil dialog telah diserahkan kepada wakil Bahagian Perubahan Iklim NRECC, Encik Ahmad Farid Mohammed, oleh peserta belia sendiri. Proses tersebut dipantau oleh wakil dari Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, UNDP Malaysia, Singapore & Brunei Darussalam, UNICEF Malaysia, dan Amanah Lestari Alam (ALAM).