Skip to main content

Yew Aun ialah pengasas bersama Reef StakesĀ®, permainan kad berperanan yang memberi focus kepada persekitaran marin yang telah memenangi Pertandingan Permainan Pendidikan Antarabangsa Ke-8. Dengan latar belakang dalam biologi akuatik dan juga kepelbagaian biologi, pemuliharaan dan pengurusan, Yew Aun menunjukkan semangatnya untuk pemuliharaan hidupan liar dan hidupan marin melalui pelbagai aktiviti yang beliau lakukan secara sampingan, di sebalik kesibukan beliau sebagai penolong setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di Malaysia. Dari menyelidiki kehidupan laut hingga menyelaraskan aktiviti pemuliharaan, Yew Aun memberi sumbangan semampu beliau untuk melakukan lebih banyak lagi untuk alam sekitar.