Dengan kerjasama Youths United for Earth (YUFE)
Direktori: Solusi tempatan

Direktori ini masih boleh diperkembangkan. Bantu kami mengembangkannya! Jika anda seorang pemimpin belia alam sekitar tempatan dan ingin ditampilkan, sila isi borang ini. Atau, jika anda mempunyai soalan tentang direktori YELL, hubungi kami di sini.
Aedes Biobased Fuel (ABBF)
Malaysia
Aedes Biobased Fuel (ABBF)
Pereka: Forest Product Division, Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
Alternatif mesra alam kepada diesel sebagai bahan aktif yang bertindak sebagai pembawa untuk aktiviti pengabutan nyamuk.
Projek dalam  Selangor

Apa yang diselesaikannya?
Nyamuk Aedes ialah punca utama demam Aedes di Malaysia. Apabila populasi nyamuk meningkat pada musim hujan, pengabutan nyamuk sering dilakukan menggunakan diesel sebagai pembawa mesin pengabutan, yang membawa kepada risiko kesihatan kepada pengendali mesin. Ini membangkitkan keperluan untuk pembawa yang lebih selamat untuk menggantikan diesel. Apakah yang boleh didapati dengan mudah selain daripada minyak masak terpakai yang sering mencemarkan sistem perparitan?
Bagaimana ia berfungsi?
The Aedes Biobased Fuel (ABBF) yang dihasilkan melalui teknologi FRIM menggunakan minyak masak terpakai untuk menghasilkan bahan aktif yang bertindak sebagai pembawa untuk pengabutan nyamuk. Alternatif kepada diesel ini telah dilaporkan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, mengurangkan kesan toksik, tidak menyakitkan mata, dan tidak menghasilkan bau yang tidak selesa. Ia merupakan alternatif mesra alam kepada diesel untuk aktiviti pengabutan nyamuk, terutamanya semasa kes wabak denggi tinggi.
All-Lights Village (Elektrifikasi Suria Rumah)
Malaysia
All-Lights Village (Elektrifikasi Suria Rumah)
Pereka: Global Peace Foundation Malaysia
Projek ini bertujuan untuk menangani kemiskinan tenaga dalam perkampungan luar grid Orang Asli melalui pemasangan sistem solar untuk menyediakan akses kepada tenaga boleh diperbaharui.
Projek dalam  Pahang Sarawak
Apa yang diselesaikannya?
Masyarakat Orang Asli menghadapi pelbagai cabaran berkaitan kemiskinan tenaga. Untuk mengecas telefon bimbit dan menerangi rumah, kebanyakan mereka terpaksa membeli bateri dan/atau generator petrol yang mahal. Pembakaran penjana petrol tersebut akan menyumbang kepada pencemaran udara, begitu juga dengan pelupusan bateri dengan sampah isi rumah yang lain. Ramai penduduk lain yang tidak mendapat bekalan elektrik dan cahaya yang mencukupi pada waktu malam. Projek All-Lights Village dengan itu menangani isu-isu ini dengan melaksanakan sistem tenaga suria boleh diperbaharui untuk menangani isu kemiskinan tenaga ini.
Bagaimana ia berfungsi?
Panel suria dipasang di rumah perkampungan Orang Asli, yang mungkin bertahan selama 25 tahun atau lebih. Bateri suria yang digunakan juga boleh diganti pada penghujung jangka hayat. Bagi setiap kampung, satu jawatankuasa kerja juga ditubuhkan untuk memastikan akauntabiliti, pemilikan, dan kemampanan inisiatif tersebut. Sesi latihan mengenai ciri, penggunaan dan penyelenggaraan sistem tenaga suria dijalankan di setiap kampung sebelum pemasangan. Sehingga kini, 99 isi rumah telah memasang sistem suria ini.
Chillax
Malaysia
Chillax
Pereka: Daphne Binti Douglas, Liew Jia Wen
Sistem menyejukkan rumah yang mesra alam dengan harga mampu milik. Menggunakan sistem pemercik automatik yang disokong oleh air hujan dan merupakan penyelesaian mampan yang bersesuaian dengan cuaca hujan di Malaysia.
Projek dalam  Sarawak

Apa yang diselesaikannya?
Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa terdedah dengan hujan lebat walaupun mendapat cahaya matahari yang berterusan hampir sepanjang tahun. Cuaca panas di Malaysia menjadikan penyaman udara sesuai untuk isi rumah, namun di Sarawak, kebanyakan kawasan kejiranan terletak di kawasan luar bandar dan akses kepada elektrik yang berterusan sukar diperoleh. Oleh itu, dengan akses kepada sumber air hujan dan cahaya matahari yang banyak, dan akses kepada eletrik stabil yang sukar didapati, telah muncul peluang untuk menggunakan sumber Bumi ini sendiri sebagai satu cara untuk menyejukkan rumah.
Bagaimana ia berfungsi?
Projek ini memanfaatkan konsep penyejukan penyejatan. Sistem pemercik automatik disokong oleh air hujan yang dikumpulkan dari hujan lebat di Malaysia, ditambah dengan panel solar, penderia suhu, pam air dan aplikasi mudah alih untuk memantau dan mengawal keseluruhan sistem. Produk ini membantu menyejukkan rumah terutamanya di kawasan luar bandar yang mempunyai akses elektrik yang tidak stabil. Satu sistem juga hanya berharga MYR150 (lebih kurang USD 36.16), iaitu enam kali lebih murah daripada memasang sebuah unit penghawa dingin. Maka, ia lebih menarik kepada mereka yang mungkin tidak mampu membeli penghawa dingin untuk rumah mereka.
Efinity EZ Water Filter
Malaysia
Efinity EZ Water Filter
Pereka: Teng Yu-Mein
Sistem penapis air inovatif untuk masyarakat luar bandar dan Orang Asli bagi menghasilkan air minuman yang bersih dan selamat.
Projek dalam  Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Sabah Sarawak Selangor Terengganu

Apa yang diselesaikannya?
Banyak komuniti terpencil di Malaysia menghadapi masalah mendapatkan air minuman bersih. Dengan paip dari sungai, air yang digunakan oleh komuniti ini selalunya keruh dan dipenuhi dengan mendapan, namun penapis air konvensional tidak dapat dipasang kerana tekanan air dan elektrik yang tidak mencukupi untuk menghidupkan pam. Apatah lagi, kebanyakan komuniti ini tidak dapat melabur dalam sistem penapis air yang berkualiti, yang merupakan satu lagi halangan untuk mendapat air minuman bersih.
Bagaimana ia berfungsi?
Efinity EZ Water Filter menggabungkan inovasi ringkas yang boleh dipasang pada botol minuman ringan biasa dan kemudiannya disambungkan kepada pam udara dan elemen penapisan. Pam udara mendorong tekanan udara ke dalam botol untuk memaksa air keluar melalui elemen penapisan, yang menghilangkan kotoran untuk dilalui air. Disambungkan kepada penapis membran UF 0.02 mikron, sistem ini mampu menghasilkan air minuman yang bersih dan selamat sebanyak 3 liter seminit. Bukan itu sahaja, produk itu juga murah, mudah diselenggara, serta sesuai untuk mereka yang berada di luar bandar.
The EcoWaste Asher (“Asher”)
The EcoWaste Asher (“Asher”)
Pereka: Pamarai Sdn Bhd
Mengubah sampah menjadi abu; EcoWaste Asher "Asher" menghapuskan keperluan untuk sampah dipindahkan, diangkut dan dikendalikan. Abu itu kemudiannya boleh digunakan semula untuk pelbagai kegunaan.
Projek dalam  Kedah Kelantan Perak Sabah Sarawak Selangor

Apa yang diselesaikannya?
Asher merawat, mengurangkan, memusnahkan, menghapuskan dan membuang sampah di lokasinya, yang membantu menghentikan sisa dari mencemarkan tanah, hutan, sungai dan lautan yang berharga. Apabila Asher diletakkan di sesebuah lokasi, ia menghapuskan keperluan untuk sampah dipindahkan, diangkut dan dikendalikan. Sampah bertukar menjadi abu di lokasinya, dan abu tersebut kemudiannya boleh digunakan semula untuk kegunaan yang lebih baik seperti baja tanah atau pengisi pembinaan.
Bagaimana ia berfungsi?
Asher ialah sebuah mesin besar yang boleh dialihkan dan diletakkan di kawasan kampung, pantai, pulau, sungai dan tapak pelupusan haram terbiar. Sisa yang dibuang ke dalam mesin akan dirawat dan diubah menjadi abu di lokasi terbabit, yang kemudiannya boleh digunakan semula untuk kegunaan lain. Sedikit kemahiran atau pengalaman teknikal khusus diperlukan bagi mengendalikan mesin ini; ia mudah untuk digunakan, diselenggarakan dan dikendalikan oleh komuniti setempat.