Ilustrator: Tuan Nini
Komik > Kisah Adzmin Fatta
1 / 12
Komik > Kisah Adzmin Fatta
2 / 12
Komik > Kisah Adzmin Fatta
3 / 12
Saya berasa kagum. Walaupun saya membesar di lautan, saya mengambil masa selama 18 tahun untuk melihat keajaiban sebenar buat pertama kali.
Komik > Kisah Adzmin Fatta
4 / 12
Selepas tamat sekolah menengah, saya mula menjadi sukarelawan dan bekerja dengan organisasi pemuliharaan lautan, termasuk WWF Malaysia. Kini, saya merupakan pengurus program untuk Reef Check Malaysia. Saya juga mengasaskan Green Semporna, sebuah NGO yang berusaha memperkasakan komuniti melalui program kepimpinan alam sekitar.
Komik > Kisah Adzmin Fatta
5 / 12
Komik > Kisah Adzmin Fatta
6 / 12
*Kanak-kanak tanpa kerakyatan Malaysia. Kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia yang tidak mendapat kerakyatan secara automatik, dan ramai yang dinafikan kewarganegaraan kerana pelbagai cabaran. Orang tanpa kerakyatan dihalang daripada memperoleh pendidikan, pekerjaan atau penjagaan kesihatan. Status bukan warganegara mereka juga boleh menjejaskan kewarganegaraan anak-anak mereka.
Komik > Kisah Adzmin Fatta
7 / 12
Saya menganggap diri saya sedang mengejar ijazah jangka panjang—‘profesor’ saya ialah komuniti yang bekerjasama bersama saya. Mereka memiliki begitu banyak kepintaran tradisional dan pengetahuan praktikal tidak ternilai yang benar-benar mempengaruhi perubahan dalam kerja alam sekitar.
Komik > Kisah Adzmin Fatta
8 / 12
Saya tinggal bersama penduduk tempatan. Dalam dua tahun pertama, tiada liputan internet dan juga telefon bimbit. Tanpa skrin untuk dilihat, saya meluangkan masa bersama penduduk setempat, menyertai mereka dalam aktiviti harian mereka dan membina hubungan serta kepercayaan.
Komik > Kisah Adzmin Fatta
9 / 12
Penduduk tempatan menjadi nelayan dan mengamalkan pengeboman ikan kerana kaedah ini yang mereka lihat tatkala membesar melalui perlakuan ibu bapa mereka. Terperangkap dalam kitaran kemiskinan, ramai yang mempunyai kapasiti terhad untuk mendapatkan pendidikan dan pendedahan terhadap kemungkinan laluan kerjaya yang berbeza.
Penduduk pulau juga membuang sampah ke laut kerana pulau terpencil itu tidak mempunyai akses kepada sistem pengurusan sisa. Mereka juga tidak mendapat sumber air bersih. Jadi mereka tidak boleh menimbus sampah di pulau itu dan berisiko mencemarkan air bawah tanah yang diperlukan mereka untuk kegunaan harian.
Komik > Kisah Adzmin Fatta
10 / 12
Inilah tujuan kami menghasilkan program sara hidup alternatif di Pulau Mantanani, seperti menjalankan perniagaan homestay dan membuat minyak kelapa. Kami menunjukkan bahawa mereka boleh hidup bersama alam sekitar tanpa kehilangan pendapatan.
Komik > Kisah Adzmin Fatta
11 / 12
Komik > Kisah Adzmin Fatta
12 / 12
Saya suka menyelam. Kedamaian yang saya rasakan ketika diselubungi oleh air memulihkan saya. Ini bukanlah laut yang saya kenali semasa membesar. Inilah laut yang saya mahu mereka yang sedang membesar kenali. Dan inilah yang membuatkan saya ingin terus berjuang, mendengar dan belajar.