Comic Cover
Mencari haluan
Kisah Jasmin Irisha Jim Ilham
Perunding Iklim dan Alam Sekitar, UNICEF Malaysia
Skrip: Foong Li Mei & Tuan Nini
Ilustrator: Tuan Nini
Slide 1

Komik > Kisah Jasmin Irisha

1 / 11

Apabila Tok* tidak dapat mengenal pasti tumbuhan pada pandangan pertama, beliau akan berjalan ke arahnya, membelai daun, menyentuh batang, dan akhirnya mengenali tumbuhan itu, seolah-olah melihat seorang kawan lama.

Saya melihat beliau melakukannya sepanjang zaman kanak-kanak saya, semasa lawatan hujung minggu kami ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, atau FRIM, tempat beliau bekerja sebagai seorang pegawai perhutanan.

*Panggilan mesra dalam bahasa Melayu untuk ‘datuk’.

Slide 2

Komik > Kisah Jasmin Irisha

2 / 11

Di FRIM, kami akan berkelah, bermain badminton, melawat air terjun, atau hanya berjalan-jalan dan mengutip biji saga merah (biji Adenanthera). Pada ketika itulah, perasaan kasih akan alam sekitar mula tersemai dalam diri.
Slide 3

Komik > Kisah Jasmin Irisha

3 / 11

Ramai ahli alam sekitar berjuang demi isu-isu mereka kerana mereka terjejas secara langsung dalam banjir dan ribut taufan.

Tapi secara peribadi, minat saya dalam advokasi alam sekitar datang dari hati. Bagi saya, meluangkan masa bersama alam semula jadi memupuk sifat rendah diri dan ia merupakan satu proses yang menyeronokkan untuk melarikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan bandar. Menetap berdekatan bandar, akses kepada keperluan asas seperti perumahan, makanan dan pendidikan diperoleh dengan mudah. Saya menyedari akan hak istimewa ini. Rumah saya ialah tempat perlindungan yang selamat dan saya dapat hidup dengan selesa, serta bukan rumah yang hampir musnah akibat bencana iklim.
Slide 4

Komik > Kisah Jasmin Irisha

4 / 11

Apabila saya tamat sekolah menengah, saya tidak pasti kerjaya yang ingin diceburi. Saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang Hubungan Antarabangsa, kerana saya tertarik dengan dunia diplomasi dan perimbangan kuasa. Akan tetapi ayah mahu saya mengikut jejaknya dan mengambil bidang kejuruteraan, untuk prospek pekerjaan yang lebih luas.

Akhirnya, saya berfikir, "Bagaimana dengan sains alam sekitar?" Saya sentiasa mencintai alam semula jadi. Anehnya, ayah berasa senang hati dengan disiplin yang tidak jelas ini, mungkin juga kerana adanya perkataan 'sains'!
Slide 5

Komik > Kisah Jasmin Irisha

5 / 11

Sains alam sekitar adalah sangat besar, merangkumi marin, udara, biodiversiti dan sebagainya. Saya perlu mencari bidang saya. Saya meneroka pelbagai bidang, seperti bekerja di syarikat perunding alam sekitar dan menjadi sukarelawan dalam projek tenaga boleh diperbaharui di sebuah perkampungan Orang Asli.

Semuanya menjadi jelas apabila saya tamat pengajian. Saya terlibat secara aktif dalam Delegasi Belia Malaysia (MYD), dan merupakan salah seorang delegasi yang menghadiri Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP*) pada tahun 2016 dan 2017.

*Nama pendek untuk Persidangan Parti-parti yang melibatkan pemimpin negara bersama-sama perunding, wakil kerajaan, perniagaan dan rakyat berkumpul untuk mempercepat dan menilai strategi untuk menangani perubahan iklim.

Slide 6

Komik > Kisah Jasmin Irisha

6 / 11

Di sana, saya melihat kekurangan perwakilan dari Asia Tenggara. Kami melihat semua lelaki kulit putih yang lebih tua ini di meja membuat keputusan. Saya terfikir dalam hati, “Bukankah bagus jika lebih ramai orang seperti saya menghadirinya?”

Di COP, golongan muda perlu bersaing untuk mendapatkan platform yang terhad. Mereka perlu bersaing untuk melibatkan syarikat besar dan pemimpin dunia secara rasmi serta menyuarakan fikiran mereka. Mereka membuatkan suara mereka didengari dengan menganjurkan perhimpunan, mogok atau berjalan keluar, sekali gus membawa mesej mereka kepada orang ramai dan para pembuat keputusan.
Slide 7

Komik > Kisah Jasmin Irisha

7 / 11

Jelas sekali bahawa golongan muda dari Global South kurang diwakili di COP. Global South terdiri daripada wilayah yang paling teruk dilanda perubahan iklim, termasuk Asia, Amerika Latin dan Afrika.

Pada asasnya inilah apa yang dimaksudkan dengan keadilan iklim. Kesan iklim tidak menjejaskan semua negara secara sama rata. Negara maju dan kaya mungkin mempunyai cara ekonomi dan teknologi untuk menangguhkan kesan perubahan iklim. Tetapi bagi negara miskin dan negara membangun, pemanasan global mengancam kestabilan sosial dan ekonomi. Bencana iklim mengancam akses kepada air minuman yang selamat, bekalan dan pertanian; apatah lagi mempertaruhkan rumah dan meningkatkan risiko penyakit berjangkit.
Slide 8

Komik > Kisah Jasmin Irisha

8 / 11

Inilah sebab utama suara belia dari Global South perlu didengari di dalam persidangan yang membuat dasar perubahan iklim. Ianya supaya keputusan sejajar dengan keperluan dan realiti mereka yang menghadapi beban krisis iklim dan juga mereka yang harus hidup dengan kesannya dengan lebih lama.

Pengalaman saya di COP menunjukkan kepada saya yang saya ingin membina kerjaya saya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di persimpangan antara sains perubahan iklim dan polisi.
Slide 9

Komik > Kisah Jasmin Irisha

9 / 11

Pada 2019, saya melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam Iklim dan Masyarakat di Universiti Columbia di New York. Saya berada di pusat wabak ketika COVID-19 melanda pada Mac 2020, dan memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Saya menamatkan latihan amali siswazah bersama UNDP Malaysia, kemudian menyertai UNICEF Malaysia sebagai perunding iklim dan alam sekitar yang pertama.
Slide 10

Komik > Kisah Jasmin Irisha

10 / 11

Di UNICEF Malaysia, saya memberi sumbangan ke arah penubuhan portfolio iklim dan alam sekitar.

Saya mengetuai bersama pembangunan pelbagai kajian, seperti laporan Change for Climate yang menemui beberapa keputusan yang mengejutkan—92% belia Malaysia berpendapat bahawa perubahan iklim ialah satu krisis. Laporan itu terus memacu banyak naratif kerja perubahan iklim UNICEF. Saya juga menjalankan program pembinaan kapasiti untuk menyediakan perwakilan belia tempatan bagi menghadiri COP.
Slide 11

Komik > Kisah Jasmin Irisha

11 / 11

Di Malaysia, golongan muda sudah mula aktif menyuarakan buah fikiran mereka tentang cara krisis iklim memberi kesan kepada mereka, dan hebat dalam menggerakkan gerakan belia.

Tindakan yang perlu kita lakukan ialah menyediakan platform untuk membantu melantunkan mesej mereka dan memberi mereka ruang untuk bukan sahaja bersuara, tetapi juga berkongsi pengetahuan mereka sebagai pihak berkepentingan utama dalam krisis iklim.
previous arrow
next arrow