Biasanya, kisah perubahan iklim, alam semula jadi dan alam sekitar disampaikan dalam bentuk yang kadangkala tidak relevan dalam konteks tempatan. Pertandingan Cerita #BumiBelia yang dijalankan pada bulan September hingga Oktober 2021 memberi peluang kepada para belia untuk menerokai dan menceritakan kisah-kisah yang akan memberi inspirasi kepada tindakan perubahan alam sekitar dan iklim dalam konteks tempatan dan budaya di Malaysia.
Mari lihat serahan entri Pertandingan Cerita #BumiBelia daripada belia di Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun yang menerokai kenangan masa lalu, meraikan wira alam sekitar dalam komuniti tempatan, dan merenungi visi untuk masa depan.