Penamaan yang digunakan dan penyampaian maklumat di dalam Laman Web ini tidak mencerminkan mana-mana pendapat dari pihak Makmal Hidup Belia dan Alam Sekitar (YELL) mengenai status undang-undang mana-mana negara, wilayah, bandar atau kawasan atau pihak berkuasanya, atau mengenai perbatasan sempadan atau sempadannya.
Syarikat tertentu atau produk pengeluar tertentu yang disebut tidak menandakan bahawa mereka disahkan atau disyorkan oleh YELL sebagai keutamaan berbanding syarikat lain yang serupa yang tidak disebut.
YELL tidak menjamin bahawa maklumat yang terkandung di dalam Laman Web adalah lengkap dan betul dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berlaku akibat penggunaannya.
Dapatan, tafsiran serta kesimpulan yang dinyatakan dalam Bahan di dalam Laman Web ini mungkin diperoleh dari pelbagai sumber pihak ketiga dan tidak semestinya mewakili pandangan mahupun sokongan YELL atau rakan kongsi atau entiti yang disebut di halaman ini.
Penafian
Bahan yang disediakan di dalam Laman Web ini adalah seperti “seadanya”, tanpa sebarang jenis waranti, samada tersurat atau tersirat, termasuk, tanpa had, jaminan kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, dan tiada pelanggaran hak. YELL tidak membuat sebarang jaminan atau pernyataan khusus tentang ketepatan atau kesempurnaan mana-mana Bahan tersebut. YELL menambah, menukar, menambah baik atau mengemas kini secara berkala Bahan di dalam Laman Web ini tanpa notis. Dalam apa jua keadaan, YELL tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian, kerosakan, liabiliti atau perbelanjaan yang ditanggung atau dialami yang didakwa sebagai akibat daripada penggunaan Laman Web ini, termasuk, tanpa had, sebarang kesalahan, kesilapan, peninggalan, gangguan atau kelewatan berkenaan dengannya. Penggunaan Laman ini adalah atas risiko Pengguna sendiri. Dalam apa jua keadaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecuaian, YELL atau sekutunya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan langsung, kerosakan tidak langsung, kerosakan sampingan, kerosakan khas atau kerosakan berbangkit, walaupun YELL telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut.
YELL berhak, tetapi tidak mempunyai kewajipan, untuk memantau dan/atau menyemak semua bahan dan maklumat yang dihantar ke Laman Web atau melalui perkhidmatan atau artikel di Laman Web oleh pengguna, dan tidak bertanggungjawab untuk bahan tersebut yang dihantar oleh pengguna. Walau bagaimanapun, YELL berhak pada bila-bila masa untuk mendedahkan sebarang maklumat yang diperlukan bagi mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan atau permintaan kerajaan, atau untuk menyunting, enggan menyiarkan atau mengalih keluar sebarang maklumat atau bahan, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlak pihak YELL.
Pengguna secara khusus mengakui dan bersetuju bahawa YELL tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelakuan mana-mana Pengguna. Laman web ini mungkin mengandungi nasihat, pendapat dan kenyataan pelbagai pembekal maklumat. Sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada laman web ini dengan menyediakan pautan ke sumber dalam talian atau dengan memuat naik fail. Editor kami akan menyemak semula kesesuaian dan menambahkannya pada repositori kami. Penyertaan di dalam laman web ini adalah secara sukarela. Jika anda ingin bekerjasama untuk satu produk pengetahuan, sila sertakan latar belakang organisasi anda bersama-sama dengan idea kasar anda. YELL tidak mewakili atau menyokong ketepatan atau kebolehpercayaan sebarang nasihat, pendapat, kenyataan atau maklumat lain yang diberikan oleh mana-mana pembekal maklumat, mana-mana Pengguna Laman ini atau mana-mana individu atau entiti lain. Pergantungan kepada sebarang nasihat, pendapat, kenyataan, atau maklumat lain yang sedemikian juga adalah atas risiko Pengguna sendiri. Baik YELL mahupun sekutunya, mahupun mana-mana ejen, pekerja, pembekal maklumat atau pembekal kandungan masing-masing, tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pengguna atau sesiapa sahaja untuk sebarang ketidaktepatan, kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, pengubahan atau penggunaan mana-mana kandungan di dalam laman ini, atau untuk ketepatan masa atau kesempurnaannya, dan mereka juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan prestasi, virus komputer atau kegagalan talian komunikasi, tanpa mengira punca, atau untuk sebarang kerosakan yang disebabkan olehnya.
Sebagai syarat penggunaan Laman ini, pengguna bersetuju untuk menanggung rugi YELL dan sekutunya daripada dan terhadap mana-mana dan semua tindakan, tuntutan, kerugian, kerosakan, liabiliti dan perbelanjaan (termasuk yuran peguam yang munasabah) yang timbul daripada Penggunaan Pengguna laman ini, termasuk, tanpa had, sebarang fakta dakwaan bahawa jika benar akan menjadi pelanggaran oleh Pengguna Terma dan Syarat ini. Jika Pengguna tidak berpuas hati dengan mana-mana Bahan di Laman ini atau dengan mana-mana Terma dan Syarat Penggunaannya, penyelesaian tunggal dan eksklusif Pengguna adalah untuk menghentikan penggunaan Laman ini.
Laman ini mungkin mengandungi pautan dan rujukan kepada laman web pihak ketiga. Laman yang dipautkan adalah bukan di bawah kawalan YELL, dan YELL tidak bertanggungjawab ke atas kandungan mana-mana laman yang dipautkan atau mana-mana pautan yang terkandung dalam laman yang dipautkan. YELL menyediakan pautan ini hanya untuk makluman dan perkongsian pengetahuan. Pautan atau rujukan yang disediakan tidak melambangkan sebarang pengesahan atau pengendorsan dari pihak YELL. Tujuan pautan atau rujukan disediakan adalah untuk berkongsi maklumat yang mungkin berkaitan atau berguna kepada pembaca YELL. YELL tidak menuntut sebarang hak ke atas kandungan atau sumber luaran, dan tidak bertanggungjawab dalam memastikan maklumat itu tepat dan terkini.
Dasar privasi web
Semasa anda menggunakan Laman Web dan/atau perkhidmatan yang disediakan untuk anda di dalam atau melalui Laman Web, anda mungkin diminta untuk memberikan kami maklumat peribadi tertentu (maklumat tersebut selepas ini akan dirujuk sebagai “Maklumat daripada Pengguna”). Platform ini hanya akan menerbitkan maklumat pengguna yang berguna dan penting untuk mencapai objektif interaksi dan kerjasama antara pengguna.
Baca lebih lanjut mengenai Dasar Privasi UNDP dan UNICEF:
Pemeliharaan imuniti
Tiada kandungan di dalam laman ini boleh membentuk atau dianggap sebagai pengehadan atau penafian akan keistimewaan dan kekebalan YELL, yang terpelihara secara khusus.
Umum
YELL mempunyai hak eksklusif mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, mengehadkan atau menghentikan Laman atau mana-mana Bahan dalam apa jua aspek. YELL tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengambil kira keperluan mana-mana Pengguna berkaitan dengannya. YELL berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menukar, mengubah suai, menambah atau menyunting keluar mana-mana bahagian Terma dan Syarat, semua atau sebahagian, pada bila-bila masa.
YELL berhak untuk menafikan mengikut budi bicara mutlaknya sebarang akses pengguna ke dalam Laman ini atau mana-mana bahagiannya tanpa notis.