Skip to main content
Benih Geran

YELL 2023 Geran Benih

By Julai 17, 2023Ogos 17th, 2023No Comments

YELL sedang mencari entiti yang layak untuk mengemukakan Cadangan Konsep bagi Geran Benih YELL 2023!

YELL bertujuan untuk menyetempatkan naratif iklim untuk menangani jurang pengetahuan dan sumber bacaan dalam kalangan belia tempatan dan mengukuhkan ekosistem pelakon untuk menyokong dan memberi ruang kepada belia untuk melibatkan diri sebagai ejen perubahan dalam proses meminda dasar mahupun mengambil tindakan untuk alam sekitar.

Berminat? Melalui geran ini, YELL ingin mencari cara-cara baru atau yang lebih baik untuk memupuk rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan meningkatkan sumbangan orang muda kepada agenda alam sekitar dan iklim di Malaysia. Geran ini diharapkan dapat menyokong inisiatif-inisiatif untuk menguji pendekatan dan idea baru atau yang belum terbukti, untuk melibatkan dan menginspirasi orang muda untuk bertindak.

Jika anda mempunyai aspirasi atau idea projek untuk menangani satu atau lebih daripada satu perkara berikut…

  1. Berminat untuk mengambil pendekatan eksperimen dalam melibatkan orang muda dan/atau untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar.
  2. Meningkatkan kapasiti pendidik dan guru untuk menyampaikan Kajian Alam Sekitar atau Pendidikan.
  3. Untuk menyediakan peluang yang lebih luas kepada golongan muda untuk mengambil tindakan terhadap isu berkaitan alam sekitar dalam sesebuah komuniti.

Hantar idea anda mengikut satu atau lebih daripada tema berikut!

YELL 2023 tema Geran Benih dan bidang tumpuan

TemaBidang tumpuan
Biodiversiti – Pemulihan
– Pemuliharaan
Perubahan Iklim – Mitigasi
– Adaptasi
Pengurusan Sisa – Sisa makanan atau biojisim
– Plastik
– Kitaran hayat

Untuk membantu anda memahami keperluan geran, kami telah melampirkan rujukan berikut:

Entiti-entiti yang layak

  • Organisasi bukan kerajaan / organisasi berdasarkan komuniti / organisasi akar umbi yang berdaftar di Malaysia dan beroperasi sebagai entiti bukan untung (non-profit).
  • Institusi akademik awam, institusi penyelidikan awam, dan badan berkanun yang tidak berasaskan keuntungan.
  • Entiti dengan keuntungan (for-profit) hanya dibenarkan memohon sebagai rakan seiring dengan entiti pemohon.
  • Organisasi berdasarkan politik atau agama tidak layak.
  • Entiti yang memohon perlu menyediakan salinan sijil pendaftaran dan/atau dokumen serupa yang membuktikan pendaftaran dan pengoperasian mereka sebagai entiti bukan untung (non-profit).
  • Organisasi yang tidak ditubuhkan secara sah atau tidak berdaftar tidak boleh mengemukakan permohonan sebagai entiti yang memohon. Organisasi yang tidak mempunyai status undang undang atau yang tidak berdaftar tidak layak mengemukakan permohonan sebagai entiti pemohon. Entiti seperti itu boleh berkerjasama bersama dengan entiti lain yang layak (pendekatan konsortium), di mana sebarang perjanjian akan ditandtangani dengan entiti yang layak sahaja.
  • Memiliki akaun bank yang didaftarkan di Malaysia.

Kami akan mengadakan Sesi Taklimat pada 10 Ogos, daftar sekarang di http://bit.ly/yell-seedgrant-AMA2

Jangan lupa memohon!

Sekiranya anda tidak dapat menghadiri sesi Soal Jawab, anda masih boleh mengetahui lebih lanjut daripada:

  1. Hantarkan Mesej kepada kami di Instagram YELL YELL Instagram
  2. E-mel soalan anda ke: shu.min.leo@undp.org

Bersedia untuk berkongsi cadangan projek anda?

Hantar cadangan anda selewat-lewatnya jam 1730 (waktu Malaysia) pada 21 Ogos 2023 kepada shu.min.leo@undp.org dan CC kepada fong.theng.chen@undp.org dengan tajuk e-mel ‘Cadangan Konsep – Geran Benih YELL 2023.’

Tarikh akhir adalah 17 Ogos 2023 (1730 hrs, Waktu Tempatan Malaysia)

Nota: Permohonan tanpa dokumen yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Leave a Reply