Skip to main content

Blog ini ditulis oleh Madeline Jison, peserta Program Conservocation YELL.

Ikuti blog Madeline untuk mengetahui pengalamannya sebagai peserta Program Conservocation YELL.
💬 Cerita Saya bersama YELL dan TONIBUNG
💬 Pengalaman di Ulu Papar, Sabah
💬 Solar Off-Grid untuk Komuniti Kampung Timpayasa

Kampung Timpayasa yang terletak 22 KM dari pekan Donggongon masih merasakan satu jurang perbezaan yang besar dari segi pembangunan. Keadaan geografi yang mencabar menyebabkan bekalan elektrik dari kerajaan belum sampai di kampung ini. Mungkin ramai yang terkejut mengapa mereka masih tidak mempunyai bekalan elektrik dari kerajaan sedangkan mereka terletak di daerah Penampang di mana Penampang merupakan salah satu daerah yang paling pesat membangun di Sabah.

12 panel solar digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik untuk 4 buah rumah. © Madeline/2023

Kehadiran solar off-grid di kampung Timpayasa memberi sinar baharu kepada komuniti di sana kerana sebelum ini mereka menggunakan lampu pelita sebelum bertukar kepada solar PV persendirian dan bersaiz kecil.

Solar off-grid yang disumbangkan oleh Sabah Tourism Board dengan kerjasama TONIBUNG telah berjaya disiapkan. Projek ini akan dapat menampung 4 rumah, 1 gereja dan 1 tempat untuk Sosio-Ekonomi (di dalam SE mempunyai 2 freezer).

Riana (kanak-kanak) sangat teruja dan mahu membuat DIY aiskrim nanti! © Madeline/2023

Ida (35) yang telah berpindah ke kampung tersebut sejak Covid-19 lepas masih menyesuaikan diri dengan keadaan kerana beliau datang dari kampung yang memang mempunyai bekalan elektrik kemudian dia bertemu dengan suaminya yang berasal di Kampung Timpayasa. Pendapatan utama mereka ialah menoreh getah dan menjual hasil pertanian serta hasil sungai di Tamu Mingguan di pekan terdekat. Hasil sungai seperti ikan akan mereka salai ataupun dijeruk (Bosou) untuk memelihara kesegaran. Ikan salai dan Bosou akan menjadi produk yang mereka akan jual di Tamu. Dengan kehadiran solar off-grid ini, mereka akan dapat menyimpan ikan dan daging dengan cara pembekuan dan dapat memelihara kesegaran dengan lebih lama.

Cuaca yang panas bukan lagi menjadi satu masalah dengan adanya kipas. © Madeline/2023

Terima kasih kepada Madeline kerana berkongsi cabaran yang dihadapi oleh Komuniti Kampung Timpayasa di Ulu Papar. Baca blog seterusnya: Cerita Saya bersama YELL dan TONIBUNG dan Pengalaman di Ulu Papar, Sabah.