Blog ini ditulis oleh Sabir Syarifuddin , peserta Program Conservocation YELL.
Ikuti blog Sabir untuk mengetahui pengalamannya sebagai peserta Program Conservocation YELL.
Suasana semasa pendaftaran pelajar baharu untuk Sekolah Alternatif Teluk Layan.
Bersama sekalian rakan komuniti bersama membangun pendidikan untuk tahun 2024!
Kesatuan Anak Stateles yang terdiri barisan alumni dan di kelas A. Samad mengambil tanggungjawab untuk berperanan soal penyusunan hal-hal teknikal semasa program pendaftaran berjalan.
“Sebab apa macik hantar anak makcik ke sekolah?”
“Dulu makcik kecil, makcik dakdapat belajar sebab kena cari duit, tapi anak makcik mesti pigi belajar.”
Merdeka bersama Pendidikan!
Bersama guru komuniti Jaimal dan Pujawati Ardam bagi persiapan akhir untuk sesi pendaftaran pelajar dan kesatuan kampung di Sekolah Alternatif Teluk Layan pada esok hari.
Ada beberapa kekemasan yang diperlukan oleh pendidik cilik kita ini. Selepas beberapa tahun kita bersama, ada beberapa perincian sebagai bentuk tuntutan penghargaan kepada anak-anak yang berdaftar di sekolah.
Semoga urusan dipermudahkan esok hari!
Ruang pendidikan adalah ruang kebersamaan dan perkawanan.
“Kenapa kau suka datang sekolah?”
“Sebab banyak kawan-kawan cikgu.”
Sememangnya keseronokan adalah hal pertama perlu dirasai dalam membina pembelajaran yang efektif. Lalu seakan semua tubuh perlu diluar biasa memberi nada-nada faham seiring contoh di sekitarnya. Di tahun 2024 ini menjadi satu dinamika baru buat kami untuk mencari pembelajaran yang lebih mesra tanpa semua perlu bertahan duduk bersama meja belajar.
Namun persoalan literasi tidak terganggu bahkan mampu membina satu landskap tanggungjawab kepada setiap murid pada diri dan alam sekitarnya.
Sempat berjumpa bersama barisan pendidik di UITM Sabah, Dr Musaiyadah.
Kami berkongsi cerita hal-hal ke arah depan tentang gerakan Borneo Komrad dan kelangsungan pendidikan alternatif oleh Sekolah Alternatif Teluk Layan, Kota Kinabalu.
Dalam usaha penyelidikan beliau, soal keciciran pendidikan adalah mendengar bacaan lapangan daripada guru sekolah alternatif untuk gambaran awalnya. Semoga dipermudahkan urusan beliau demi kelangsungan pendidikan lestari buat semua anak-anak.
Tentu sahaja jelajah bersama Borneo Komrad ini mengajarkan aku banyak benda untuk kelangsungan pengabadian kepada perjuangan. Dari pantai timur Sabah sehinggalah ke pantai barat menemukan kita pada mereka yang tepat dan memberi sejumlah semangat sebagai terapi untuk cekal menukang perlawanan menentang penindasan!
Sudah tentu laut membiru berkisah perjalanan manusia dan kehijauan bercerita kehidupan merdeka! Alam dan manusia bekerja sebagai ekosistem saling menguntungkan menjadi pantulan terapi dalam perjalanan kali ini. Bermula pulau-pulau Semporna – Kunak -Tawau – Lahad Datu – Sandakan, Tamparuli – Kota Belud – Kota Kinabalu – Kundasang.
Tulisan ini bukan semata mengisahkan pengalaman bersama organisasi Borneo Komrad, tetapi melihat keperibadian sekalian komrad yang memberi jiwa yang besar untuk tetap sebarisan berteriak perihal pembebasan!
Merdeka jiwa!
Merdeka rasa!
Merdeka semua!
Terima kasih kepada Sabir kerana berkongsi pengalaman semasa bekerja bersama Borneo Komrad! Baca blog seterusnya: Kitaran Air dan Cabaran Komuniti Kg. Teluk Layan, Sabah.
Setahun yang lalu, kita membawa idea memasang “waterpump” dipertengahan bukit daripada tadahan orang kampung ke tangki pertama, dan ke tangki Sekolah Alternatif Teluk Layan
Nama saya Amos Bianglala A/L Agust berasal dari pendalaman Kampung Melai, Pahang di sekitar kawasan Tasik Chini. Saya merupakan orang asli Jakun yang beruntung kerana lahir dan membesar di kawasan tasik chini yang dikenali sebagai habitat yang kaya dengan flora dan fauna.
From October 2023, I had the privilege of working with the Alliance of River Three (ART) in their river restoration programme. Aside from the talented team – notably the leaders, Syuen and Ken – teaching me all sorts of tips and tricks with website development, the extremely knowledgeable bunch widened my eyes on biodiversity.
We use cookies and other identifiers to help improve your online
experience. By using our
website you agree to this.
To learn more, including how to change your settings, see our Cookies Policy.