Blog ini ditulis oleh Amos, peserta Program Conservocation YELL.
Nama saya Amos Bianglala A/L Agust berasal dari pendalaman Kampung Melai, Pahang di sekitar kawasan Tasik Chini. Saya merupakan orang asli Jakun yang beruntung kerana lahir dan membesar di kawasan tasik chini yang dikenali sebagai habitat yang kaya dengan flora dan fauna.
Ingin saya cerita kan sedikit bahawa tasik chini merupakan tasik yang bersih dan indah pada 15 tahun yang lalu semasa saya berusia 7 tahun.
Akan tetapi dengan dunia semakin moden, permintaan ekonomi yang semakin rakus, tasik chini sekarang lenyap dari mata dunia dengan kesan daripada perlombongan dan juga pembalakan. Hal ini menyedarkan saya betapa pentingnya untuk menjaga eko-sistem flora fauna demi generasi akan datang.
Salah satu kunci penting adalah kesatuan dalam komuniti, dimana menjurus untuk kemajuan dalam ekonomi dan identiti orang asli. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman 6 bulan dalam pekerjaan yang saya lakukan dalam program ini.

Pengalaman sepanjang 6 bulan yang dapat disimpulkan dan ialah lebih kepada hidup dalam berkomuniti.
Sebab daripada pengalaman dan perkongsian dari pekebun menceritakan mereka dahulu bukan seperti yang sekarang, kerana dulu lebih mementingkan diri dan berbeza dengan sekarang mereka dapat lebih akrab dan sikap keterbukaan.
Sumbangan saya adalah untuk keperluan pekebun, menguruskan seperti baja tahi ayam, baja ikan dan pelbagai. Selain itu, memberikan mereka latihan menggunakan teknologi seperti menggunakan aplikasi android bagi memudahkan pekebun dapat melatih diri supaya mahir.

Banyak yang saya pelajari dari 6 bulan. Salah satunya ialah perancangan tanaman, di mana ia adalah tahap yang paling susah untuk pekebun-pekebun kuasai. Sepanjang saya dalam bersama staf, pelbagai cara sudah diterbitkan. Masih ada segelintir yang belum menguasai tetapi ada juga beberapa pekebun telah menguasai.
Harapan saya kepada komuniti pekebun di kampung ialah mereka dapat melaksanakan serta menguasai ilmu dalam penanaman sayur OA organik dan juga dalam pengurusan merancang kelangsungan harian.
Terima kasih kepada Amos kerana berkongsi ceritanya semasa bekerja bersama Yayasan Kajian dan Pembangunan Masyarakat (YKPM) !