Blog ini ditulis oleh Sharil A/L Mat Nor, peserta Program Conservocation YELL.
Ikuti blog Sharil A/L Mat Nor untuk mengetahui pengalamannya sebagai peserta Program Conservocation YELL.
Nama saya Sharil a/l Matnor. Saya berasal dari Kampung Ganuh, Bukit Ibam Muadzam Shah, Pahang. Saya berbangsa orang asli suku kaum jakun dan semelai. Saya ingin menceritakan serba sedikit kerja dan tugas saya.
Saya telah menyertai OA organik pada bulan 4, tahun 2024, di kampung orang asli Air Hitam sebagai pekebun. Disini saya mula belajar dan diajar tentang tanaman secara organik tanpa menggunakan bahan kimia ataupun racun. Mula-mula agak sukar bagi saya untuk berkebun oleh kerana cara atau teknik menanam dan juga penjagaan tanaman dari serangan serangga perosak.
Pada tahun 2025, saya menyertai Yayasan Kajian Pembangunan dan Masyarakat (YKPM) dan kembali di kampung saya sendiri. Tugas saya ialah sebagai pemantau dan juga memastikan barangan untuk kebun seperti baja, benih, plastik, senarai harga untuk tanaman, dan juga mesin kebun seperti mower dan mesin penggembur tanah.
Pengalaman saya selama 6 bulan disini, saya mula belajar hidup secara berkomuniti kerana sebelum ini saya jenis yang kurang bergaul dengan sesiapa kecuali orang yang terdekat dengan saya sahaja. Yang paling mencabar ialah cara saya untuk berkomunikasi dan takut apabila bercakap dan memberi arahan kepada pekebun kerana takut mereka akan kurang selesa dengan saya.
Tapi saya rasa bersyukur kerana rakan sekerja dan staff YKPM selalu memberi semangat dan juga memberi dorongan kepada saya apabila saya ada masalah ataupun kekurangan.
Harapan saya ialah program atau projek OA organik ini diteruskan bagi membantu seluruh komuniti orang asli supaya ada pendapatan yang tetap dan berpanjangan sambil juga menjaga alam sekitar.
Terima kasih kepada Sharil A/L Mat Nor kerana berkongsi pengalaman semasa bekerja bersama YKPM!