YELL Highlight Stories

Penduduk dan pelancong di Janda Baik – Aqil Zafran

Blog ini ditulis oleh Mohd Aqil Zafran Bin Azizan, peserta Program Conservocation YELL.
Ikuti blog Aqil untuk mengetahui pengalamannya sebagai peserta Program Conservocation YELL.
Pengalaman dan Pembelajaran di Tanarimba (Bahasa Malaysia)
About EduTree Services (English)
Penduduk Kampung dan Pelancong di Janda Baik (Bahasa Malaysia)

 

Penduduk dan pelancong di Janda Baik
Tanarimba, Janda Baik merupakan kawasan hak persendirian yang sangat luas sehingga 7000 ekar tanah. Bayangkan jika kawasan seluas itu dibangunkan bangunan kormersial dan perumahan di Janda Baik, sudah pasti banyak pokok yang terpaksa ditebang dan memusnahkan ekosistem hutan di sini. Sangat bernasib baik pemilik Tanarimba hanya menetapkan sebahagian kecil tanah disini untuk pembangunan, dan selebihnya dikekalkan hutan simpan.

Dengan adanya Tanarimba Rainforest Centre (TRC) yang digerakkan oleh EduTree, proses pemuliharaan hutan di kawasan Tanarimba dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan. Pihak pengurusan tertinggi Tanarimba sangat menyayangi alam. Dengan hanya membangunkan kawasan yang kecil sahaja dan mengekalkan sebahagian besar hutan disini, pemuliharaan hutan bersama flora dan fauna di sini menjadi fokus pihak Tanarimba. Sekaligus hutan yang besar di kawasan Janda Baik terpelihara.
TRC menjadi pusat pemuliharaan di Tanarimba. © Aqil/2024
Salah satu chalet di sekitar Janda Baik. © Aqil/2024

Janda Baik ialah kawasan kampung di daerah Bentong. Kawasan ini telah terkenal sebagai pusat eko pelancongan di Malaysia. Terdapat chalet, resort serta homestay untuk pengunjung yang berkunjung ke sini. Kawasan yang dulunya penuh dengan kehijauan sudah mula berkurang disebabkan sektor pelancongan dan perladangan buah-buahan dan sayur sayuran yang semakin rancak. Maka timbul ketidak selesaan, kegusaran dan kekecewaan dikalangan penduduk disini.

“Sungai sudah kurang bersih, hutan pun banyak yang ditebang”

— Salah satu keluhan penduduk tempatan yang melihat perkembangan pelancongan dan perladangan di Janda Baik.

Sungai yang menjadi tempat pengunjung berekriasi di Janda Baik. © 2024/Aqil
Ladang sayur di atas bukit di Janda Baik. © 2024/Aqil


Kegusaran penduduk tempatan sedikit terubat dengan usaha pihak Tanarimba dan EduTree. Rata-rata apabila saya bersembang dengan penduduk Janda Baik dan pelancong yang datang ke sini, berasa gembira dengan initiatif pihak Tanarimba, EduTree, Jabatan Perhutanan Bentong yang sangat mencintai alam dan melakukan pemuliharaan alam dan hutan di sini. Pembangunan yang terlalu banyak disebabkan pelancongan perlu diuruskan dengan baik supaya kecantikan sungai, hutan dan alam sekitar di Janda Baik dapat dipelihara untuk masa hadapan.
 

Ladang sayur di atas bukit di Janda Baik. © Aqil/ 2024
Pelancong yang berkunjung ke Tanarimba, Janda Baik menikmati alam semulajadi di sini. © Aqil/ 2024

Sewaktu bersembang dengan beberapa pelancong yang datang ke Tanarimba dan Janda Baik, mereka meluahkan rasa betapa tenangnya berada di kawasan yang banyak kehijauan dan udara nyaman. Rata-rata pelancong yang datang dari Lembah Klang dan Kuala Lumpur meluahkan rasa gembira apabila datang ke Janda Baik dan berharap hutan dan alam sekitar di kawasan ini dapat dijaga dengan baik walaupun dikunjungi ramai pelancong. Kemajuan untuk pelancongan mestilah selari dengan penjagaan alam sekitar dan hutan di sini. Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan seharusnya berterusan demi menjaga alam sekitar di Janda Baik.

Terima kasih kepada Aqil dan EduTree Services kerana berkongsi pengalaman dan gambar. Baca blog seterusnya: Pengalaman dan Pembelajaran di Tanarimba dan About EduTree Services.

Similar Posts

Kitaran Air dan Cabaran Komuniti Kg. Teluk Layan, Sabah – Sabir
22 August 2024

Kitaran Air dan Cabaran Komuniti Kg. Teluk Layan, Sabah – Sabir

Setahun yang lalu, kita membawa idea memasang “waterpump” dipertengahan bukit daripada tadahan orang kampung ke tangki pertama, dan ke tangki Sekolah Alternatif Teluk Layan

View More

Perjalanan Perjuangan Bersama Borneo Komrad – Sabir
21 August 2024

Perjalanan Perjuangan Bersama Borneo Komrad – Sabir

Bersama sekalian rakan komuniti bersama membangun pendidikan untuk tahun 2024! Kesatuan Anak Stateles yang terdiri barisan alumni dan di kelas A. Samad mengambil tanggungjawab untuk berperanan soal penyusunan hal-hal teknikal semasa program pendaftaran berjalan.

View More

Sokongan untuk pekebun Orang Asli – Amos
17 July 2024

Sokongan untuk pekebun Orang Asli – Amos

Nama saya Amos Bianglala A/L Agust berasal dari pendalaman Kampung Melai, Pahang di sekitar kawasan Tasik Chini. Saya merupakan orang asli Jakun yang beruntung kerana lahir dan membesar di kawasan tasik chini yang dikenali sebagai habitat yang kaya dengan flora dan fauna.

View More

Pengalaman saya bersama YELL dan COAC – Diana
02 July 2024

Pengalaman saya bersama YELL dan COAC – Diana

Video ini dihasilkan oleh Diana A/P Tan Beng Hui, peserta Program Conservocation YELL.

View More

We use cookies and other identifiers to help improve your online experience. By using our website you agree to this.
To learn more, including how to change your settings, see our Cookies Policy.

Menu