YELL Highlight Stories

Pengalaman dan Pembelajaran di Tanarimba – Aqil Zafran

Blog ini ditulis oleh Mohd Aqil Zafran Bin Azizan, peserta Program Conservocation YELL.
Ikuti blog Aqil untuk mengetahui pengalamannya sebagai peserta Program Conservocation YELL.
Pengalaman dan Pembelajaran di Tanarimba (Bahasa Malaysia)
About EduTree Services (English)
Penduduk Kampung dan Pelancong di Janda Baik (Bahasa Malaysia)


Refleksi Diri
 

Beberapa bulan di Tanarimba, Janda Baik mengajar aku bahawa tanpa ada usaha dan kesedaran tentang pemuliharaan, kita akan kehilangan keindahan semulajadi hutan di Malaysia.

— Aqil (30) berkongsi pengalamannya dalam Program Conservocation.

Kita semua sering melihat kes-kes banjir luar biasa, tanah runtuh, kawasan bukit yang gondol, harimau dan banyak haiwan liar masuk kampung dan banyak lagi hal yang mengusarkan kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Bagi sesetengah pihak mungkin tidak memandang pentingnya hal ini. Namun aku sedar kita semua perlu memainkan peranan menjaga alam. Tanpa usaha kita secara individu atau berkumpulan, kita akan melihat kehancuran masa hadapan sedikit demi sedikit.
 

Gary memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai demo memanjat pokok oleh orang asli. © 2024/Aqil

Aku bertuah berada di sini membantu Gary yang sudah lama berkecimpung dalam bidang perhutanan dan pemuliharaan. Pengalamannya yang luas menyedarkan aku bahawa pentingnya individu-individu yang punya minat mendalam terhadap alam untuk terus mendidik generasi muda tentang pentingnya pemuliharaan hutan dan alam sekitar.
 

Penanaman semula pokok dikawasan hutan yang telah diceroboh. © 2023/Aqil

Sepanjang di Tanarimba Rainforest Centre (TRC), aku telah masuk ke kompartmen hutan yang memerlukan penanaman semula pokok. Ada kawasan yang telah diceroboh oleh penduduk dan mereka telah menanam sayur sayuran di dalam hutan simpan. Setelah pengusiran dilakukan, kawasan yang tersebut perlu dilakukan penanaman semula. Aku dan Gary bersama dua orang lagi staf Tanarimba telah membawa masuk anak-anak pokok untuk ditanam dikawasan tersebut. Sebelum menanam pokok, kami perlu menebas semak samun dikawasan tersebut sebelum mencangkul tanah untuk menanam anak pokok.

Menurut Gary anak-anak pokok ini kebanyakan disumbangkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Bentong dan beberapa pihak lain yang merupakan kenalan Gary yang telah berkecimpung dalam dunia perhutanan dan pemuliharaan. Penanaman semula pokok sangat lah penting supaya kawasan hutan simpan kembali ekosistem seperti sedia kala.

Terima kasih kepada pihak kerajaan dan swasta yang terus ikhlas membantu pemuliharaan di hutan sekitar Janda Baik.

— Aqil (30) memberi penghargaan kepada pihak kerajaan dan swasta.

Tanarimba Rainforest Centre (TRC)
Aqil sedang melakukan pembersihan harian di sekitar TRC. © 2024/Aqil

Selain penanaman pokok, aku juga membantu Gary untuk menjaga Tanarimba Rainforest Centre (TRC). Didalam pondok TRC terdapat beberapa spesimen serangga, biji benih pokok-pokok tempatan, barang-barang mendaki bukit, koleksi buku tentang flora dan fauna serta ekosistem hutan dan beberapa barang antik yang dikumpulkan Gary. Pondok TRC ini menjadi pejabat untuk pemuliharaan di Tanarimba dan sebagai tempat pameran kepada pengunjung. Sekitar pondok TRC juga terdapat nurseri anak pokok tempatan yang dijaga untuk pengunjung yang datang. Pihak TRC juga ada mengadakan jalan berpandu (guided walk) kepada pengunjung Enderong Resort untuk mengenali alam dan pokok-pokok hutan yang wujud di sekitar resort.

Orang asli sedang menunjukkan demo anyaman daun untuk membuat atap tradisional. © 2024/Aqil


Kami telah menganjurkan Hari Terbuka TRC pada 17 dan 18 Februari lalu bertujuan memperkenalkan TRC kepada orang ramai. Terdapat beberapa aktiviti yang telah kami adakan kepada pengunjung seperti jalan berpandu (guided walk), pameran, demo memanjat pokok dan anyaman tradisional dari orang asli dan permainan tradisional. Hari terbuka ini merupakan suatu usaha yang baik kepada orang ramai kerana selalunya pengunjung Tanarimba ialah mereka yang datang ke Enderong Resort atau Pineyard Café. Jadi kami telah berjaya memperkenalkan TRC sebagai satu usaha pemuliharaan hutan dan pendidikan alam sekitar Tanarimba kepada orang ramai dan penduduk sekitar. 

Beberapa bulan di sini, saya belajar yang cabaran yang dihadapi oleh mereka yang berkecimpung dalam dunia pemuliharaan. Mereka yang bekerja dilapangan dan hutan memerlukan tenaga kudrat yang kuat, stamina yang tinggi, semangat yang tinggi dan tahan panas mentari. Mereka juga kekurangan orang dalam melaksanakan usaha-usaha pemuliharaan.

Aqil sedang menerangkan spesis pokok kepada pengunjung Hari Terbuka TRC ketika jalan berpandu (guided walk). © 2024/Gary
Penanaman semula pokok memerlukan tenaga dan stamina dari baik serta ketahanan bekerja di bawah terik matahari. © 2023/Gary
 
Kiri ke kanan: Gary Khaeril Zach, dan Mohd Aqil Zafran Bin Azizan. © 2023/Azreen

Apa yang dilakukan oleh YELL sangat lah bermakna kerana telah membantu organisasi yang memerlukan tenaga anak muda dalam membantu kelancaran aktiviti pemuliharaan. TRC juga ada menerima bantuan orang asli yang tinggal sekitar Janda Baik namun mereka juga perlukan upah yang bersesuaian. 

Terima kasih kepada Aqil kerana berkongsi pengalaman dan pembelajarannya di Tanarimba! Ingin ketahui lebih lanjut mengenai organisasi di mana Aqil mendapat pengalaman pekerjaan lestari? Baca blog seterusnya: Mengenai EDUTree Services.

Similar Posts

Kitaran Air dan Cabaran Komuniti Kg. Teluk Layan, Sabah – Sabir
22 August 2024

Kitaran Air dan Cabaran Komuniti Kg. Teluk Layan, Sabah – Sabir

Setahun yang lalu, kita membawa idea memasang “waterpump” dipertengahan bukit daripada tadahan orang kampung ke tangki pertama, dan ke tangki Sekolah Alternatif Teluk Layan

View More

Perjalanan Perjuangan Bersama Borneo Komrad – Sabir
21 August 2024

Perjalanan Perjuangan Bersama Borneo Komrad – Sabir

Bersama sekalian rakan komuniti bersama membangun pendidikan untuk tahun 2024! Kesatuan Anak Stateles yang terdiri barisan alumni dan di kelas A. Samad mengambil tanggungjawab untuk berperanan soal penyusunan hal-hal teknikal semasa program pendaftaran berjalan.

View More

Sokongan untuk pekebun Orang Asli – Amos
17 July 2024

Sokongan untuk pekebun Orang Asli – Amos

Nama saya Amos Bianglala A/L Agust berasal dari pendalaman Kampung Melai, Pahang di sekitar kawasan Tasik Chini. Saya merupakan orang asli Jakun yang beruntung kerana lahir dan membesar di kawasan tasik chini yang dikenali sebagai habitat yang kaya dengan flora dan fauna.

View More

Pengalaman saya bersama YELL dan COAC – Diana
02 July 2024

Pengalaman saya bersama YELL dan COAC – Diana

Video ini dihasilkan oleh Diana A/P Tan Beng Hui, peserta Program Conservocation YELL.

View More

We use cookies and other identifiers to help improve your online experience. By using our website you agree to this.
To learn more, including how to change your settings, see our Cookies Policy.

Menu