Blog ini ditulis oleh Madeline Jison, peserta Program Conservocation YELL.
Ikuti blog Madeline untuk mengetahui pengalamannya sebagai peserta Program Conservocation YELL.
Cerita Saya bersama YELL dan TONIBUNG
Pengalaman di Ulu Papar, Sabah
Solar Off-Grid untuk Komuniti Kampung Timpayasa
Sepanjang tempoh 6 bulan saya di TONIBUNG, saya banyak bekerjasama dengan komuniti di Ulu Papar daerah Penampang, Sabah. Ulu papar terletak di Rizab Biospera banjaran crocker dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda dan trekking melalui salt trail. 7 kampung ini didominasi oleh suku kaum Dusun; Terian, Timpayasa, Tiku, Buayan, Pongobonon, Kalanggaan dan Longkogungan.
Laluan off-road
Untuk sampai ke kampung-kampung tersebut, kami perlu melalui jalan off-road yang mencabar. Pada masa ini, 7 kampung sudah mempunyai jalan off-road tetapi memerlukan kenderaan pacuan 4 roda yang diubahsuai untuk sampai ke kampung. Jika musim hujan, ada jalan yang sangat sukar untuk dilalui dan memerlukan kepakaran untuk mengawal kenderaan.
7 kampung ini juga mempunyai banyak jambatan gantung. Jambatan gantung merupakan kemudahan awam yang penting di kampung sebagai penghubung mereka ke Seberang Sungai untuk ke jalan utama dan ke kebun mereka. Jambatan gantung yang tergantung tinggi bukan untuk mereka yang gayat. Ada jambatan gantung yang tidak diselenggara sudah hilang tapak untuk dipijak seperti kayu dan hanya rangka-rangka BRC yang tinggal. Sudah pasti lutut bergegar dan banyak melafazkan doa sepanjang melalui jambatan gantung tersebut. Bagi orang kampung semua ini adalah perkara biasa dalam kehidupan mereka.
Sumber utama komuniti di Ulu Papar ialah hutan dan sungai. Hutan dan sungai di sana kaya dengan flora dan fauna. Di hutan, mereka boleh memburu, mengambil tumbuh-tumbuhan bermanfaat dan membuka kawasan hutan untuk pertanian. Pertanian utama di kampung-kampung tersebut ialah penanaman pokok getah, padi, ubi kayu dan tembakau. Sungai-sungai di Ulu Papar yang dijaga (gompiguno) dengan baik mengandungi banyak ikan sebagai sumber protein mereka.
Padi merupakan tanaman utama bagi 5 kampung di Ulu Papar. Mereka menanam padi setiap tahun, sama ada padi sawah atau padi bukit. Dengan peningkatan harga beras setiap tahun, komuniti di kampung Ulu Papar tidak terasa kerana mereka mempunyai bekalan beras yang banyak. Hasil tuaian padi boleh bertahan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum musim menanam padi bermula .
Setahun yang lalu, kita membawa idea memasang “waterpump” dipertengahan bukit daripada tadahan orang kampung ke tangki pertama, dan ke tangki Sekolah Alternatif Teluk Layan
Bersama sekalian rakan komuniti bersama membangun pendidikan untuk tahun 2024! Kesatuan Anak Stateles yang terdiri barisan alumni dan di kelas A. Samad mengambil tanggungjawab untuk berperanan soal penyusunan hal-hal teknikal semasa program pendaftaran berjalan.
Nama saya Amos Bianglala A/L Agust berasal dari pendalaman Kampung Melai, Pahang di sekitar kawasan Tasik Chini. Saya merupakan orang asli Jakun yang beruntung kerana lahir dan membesar di kawasan tasik chini yang dikenali sebagai habitat yang kaya dengan flora dan fauna.
We use cookies and other identifiers to help improve your online
experience. By using our
website you agree to this.
To learn more, including how to change your settings, see our Cookies Policy.