YELL Highlight Stories

Cerita Saya bersama YELL dan TONIBUNG – Madeline Jison

Blog ini ditulis oleh Madeline Jison, peserta Program Conservocation YELL.
Ikuti blog Madeline untuk mengetahui pengalamannya sebagai peserta Program Conservocation YELL.
Cerita Saya bersama YELL dan TONIBUNG
Pengalaman di Ulu Papar, Sabah
Solar Off-Grid untuk Komuniti Kampung Timpayasa

Pengenalan

Kopisanangan, saya Madeline dari Tongod, Sabah. Saya akan berkongsi dengan kamu semua sedikit pengalaman saya sepanjang menjadi peserta Conservocation YELL untuk TONIBUNG. Saya sudah mula aktif menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawan sejak 3 tahun lepas. Antara program volunteer yang saya pernah lakukan ialah Roots and Shoots Malaysia award di Bornean Sun Bear Conservation Centre (Sandakan). Saya juga pernah menjadi volunteer di Tropical Rainforest Living Collection di Lahad Datu. Salah satu motivasi terbesar saya terlibat dalam volunteerism ialah saya mahu contribute kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program YELL juga agak sama dengan minat saya dan saya beruntung kerana diberikan peluang untuk menyertainya.

TONIBUNG – TObpinai NIngkokoton koBUruon KampuNG (Rakan Pembangunan Kampung) ialah NGO peneraju orang asal yang membangunkan alternatif mampan untuk elektrifikasi luar bandar sambil menyokong hak orang asli dan menyokong keusahawanan dan inovasi tempatan di seluruh Asia Tenggara.

Berikut merupakan projek yang saya buat bersama dengan TONIBUNG :
 

Ulu Papar Expedition 1.0 (Vertical University)
 Perjalanan ke Kampung Longkogungan selama 4 jam menuruni bukit. © Madeline/2024
 
Tiba di Kampung Longkogungan. © Madeline/2023
Expedisi selama 5 hari 4 malam untuk melakukan Free, Prior, Informed Consent kepada 6 kampung yang terletak di Ulu Papar. Kami juga akan mengenalpasti satu pengetahuan tradisi dan “profesor” untuk dimasukan ke dalam module Vertical University di setiap kampung. Perjalanan yang sangat mencabar kerana ada dua kampung yang hanya boleh diakses dengan berjalan kaki.



Smart Solar Dryer
Saya terlibat dengan fabrikasi dan pengumpulan data untuk smart solar dryer. Saya juga berkesempatan menghantar solar dryer ini ke Kampung Kauran, Keningau.
Memasang Solar Dome. © Madeline/2023 
 
Smart Solar Dryer untuk komuniti di Kampung Kauran. © Madeline/2023



Bekerjasama dengan Komuniti
Projek-projek yang TONIBUNG lakukan memberikan saya peluang untuk berkerjasama dengan komuniti orang asal di sini. Komuniti yang terlibat ialah; Longkogungan, Kalanggaan, Pongobonon, Buayan, Tiku, Terian dan Timpayasa. Masih segar di ingatan apabila kami sampai di Kampung Pongobonon, kami dihidangkan dengan makanan-makanan yang jarang kami nikmati seperti Sup Ikan Pelian yang manis dan hati rusa yang dipanggang. Mereka juga sangat menyokong projek yang kami bawa ke kampung mereka, sebab mereka yakin semuanya adalah untuk kebaikan mereka. Majorti komuniti disana lebih selesa menggunakan Bahasa Dusun untuk berkomunikasi jadi mungkin ini adalah satu takdir saya dalam menyertai program ini kerana saya dapat berkomunikasi dengan mudah menggunakan Bahasa Dusun.
 
Saya sedang belajar cara untuk menebar jala dari “Profesor Bukut”. © Madeline/2023
 
Baju hitam sedang pegang kertas (saya) sedang mengenalpasti apa pengetahuan tradisi di Kampung Tiku.  © Madeline/ 2023


SDG 13: Climate Action and My Appreciation

Dengan matlamat yang TONIBUNG sedang lakukan sekarang renewable energy, climate change, indigenous right dan ada beberapa lagi. Saya dapat menyumbang sedikit sebanyak tenaga, buah pikiran dan dedikasi kami terhadap beberapa projek seperti Solar off-grid Kampung Timpayasa dan Cloud Forest Vertical University. Projek tersebut akan memperkasa orang asal dari segi socio ekonomi, ke atas tanah adat mereka dan dalam konteks ini, projek ini akan membantu membina daya tahan perubahan iklim dalam komuniti dengan menghapuskan pengunaan penjana bahan api dan mengelakkan pembinaan empangan berskala mega di Sungai Ulu Papar.

Saya ingin berterima kasih kepada YELL atas program mereka yang hebat ini dan TONIBUNG kerana memberikan saya peluang menyertai Team mereka. Pengalaman ini sangat bermakna bagi saya.

 
Madeline di Kampung Longkogungan.
 

Terima kasih kepada Madeline kerana berkongsi ceritanya semasa bekerja di TONIBUNG. Baca blog seterusnya: Pengalaman di Ulu Papar, Sabah dan Solar Off-Grid untuk Komuniti Kampung Timpayasa.

Similar Posts

Kitaran Air dan Cabaran Komuniti Kg. Teluk Layan, Sabah – Sabir
22 August 2024

Kitaran Air dan Cabaran Komuniti Kg. Teluk Layan, Sabah – Sabir

Setahun yang lalu, kita membawa idea memasang “waterpump” dipertengahan bukit daripada tadahan orang kampung ke tangki pertama, dan ke tangki Sekolah Alternatif Teluk Layan

View More

Perjalanan Perjuangan Bersama Borneo Komrad – Sabir
21 August 2024

Perjalanan Perjuangan Bersama Borneo Komrad – Sabir

Bersama sekalian rakan komuniti bersama membangun pendidikan untuk tahun 2024! Kesatuan Anak Stateles yang terdiri barisan alumni dan di kelas A. Samad mengambil tanggungjawab untuk berperanan soal penyusunan hal-hal teknikal semasa program pendaftaran berjalan.

View More

Sokongan untuk pekebun Orang Asli – Amos
17 July 2024

Sokongan untuk pekebun Orang Asli – Amos

Nama saya Amos Bianglala A/L Agust berasal dari pendalaman Kampung Melai, Pahang di sekitar kawasan Tasik Chini. Saya merupakan orang asli Jakun yang beruntung kerana lahir dan membesar di kawasan tasik chini yang dikenali sebagai habitat yang kaya dengan flora dan fauna.

View More

Pengalaman saya bersama YELL dan COAC – Diana
02 July 2024

Pengalaman saya bersama YELL dan COAC – Diana

Video ini dihasilkan oleh Diana A/P Tan Beng Hui, peserta Program Conservocation YELL.

View More

We use cookies and other identifiers to help improve your online experience. By using our website you agree to this.
To learn more, including how to change your settings, see our Cookies Policy.

Menu